Wednesday, December 1, 2010
sahabat sejati ..
Mengenali seseorang itu..
kadangkala membuat kita mengalirkan air mata ..
sesungguhnya mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa ..
marah ,sedih ,gembira .sayang dan rindu ..
tapi.sedarkah kita ?
mengenali seseorang itu
sebenarnya adalah satu ANUGERAH ..
biarpun hadirnya seketika
dan sekadar TEMAN SEMENTARA ..
bersyukurlah dengan kehadirannya
kerana barangkali,
melaluinya kita mengerti
apa itu erti PERSAHABATAN ...
Posted by bieynna at Wednesday, December 01, 2010 0 comments
terima seadanya ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..
Tentu sukar untuk menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya..
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu
Akan berterusan hingga ke akhirnya..
Posted by bieynna at Wednesday, December 01, 2010 0 comments
aku..
duhai sahabat yang ku sayangi
berbisiknya di hatiku ini
berbisiknya di hatiku ini
semata-mata ingin menceritakan sebuah
cerita hati..
duhai sahabat yang ku rindui
bermulanya cerita kita
umpama sebuah hikayat pendeta
yang bisa difahami
namun x bisa dirungkai..
duhai sahabat yang ku kasihi...
hati ku berbisik mulut ku x terucap...
mata ku tersenyum bibir ku kelu...
tangan ku menadah kaki ku lesu...
jiwa ku merintih asa ku merana...
duhai sahabat yang ku hargai...
ingin ku berbicara riang bersamamu...
ingin ku lakar senyum manis tuk mu...
ingin ku bawa mu ke dunia yang indah...
dan ingin sekali aku...
menangis bersamamu di kala
senja berlabuh siang berganti...
sahabat yang ku kenangi...
pertemuan itu lumrah ukhuwah,
perpisahan itu hakikat kehidupan,
bertemu dan berpisahnya kita hanya kerana
Allah ya rabbul izzati
bertemunya kita kerana Nya
berpisahnya kita kerana Nya
Posted by bieynna at Wednesday, December 01, 2010 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)